Logo SBM

English Kembali ke Laman Utama


Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan keagamaan, bukan politik, ia adalah sebuah organisasi sukarela kebangsaan bagi para individu cacat penglihatan, yang mencakupi semua bangsa serta dari pelbagai lapisan masyarakat yang menetap di Malaysia, bertujuan untuk memperoleh hak hak dan peluang peluang yang sama rata untuk mereka yang cacat penglihatan di negara ini melalui usaha secara kolektif dan dengan penuh semangat persaudaraan, demi kemajuan sosio ekonomi mereka yang cacat penglihatan, dengan tujuan untuk membolehkan mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berguna dan produktif.

Objektif

Keahlian

Yuran Kemasukan dan Yuran Keahlian

Keistimewaan-keistimewaan Keahlian

Cawangan-cawangan dan Pejabat-pejabat Negeri SBM

Objektif:

Objektif Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Menggalakkan semua orang cacat penglihatan di Malaysia supaya berusaha ke arah mencapai kemajuan dalam sosio ekonomi demi untuk kebaikan bersama.
  2. Mempertahankan hak hak semua orang cacat penglihatan selaku warganegara Malaysia yang berkeupayaan untuk mengambil bahagian serta menyumbang ke arah mempertingkatkan kepentingan bersama.
  3. Mempertingkatkan hubungan serta memupuk persefahaman di kalangan ahli ahlinya.
  4. Mempertingkatkan bidang sukan dan rekreasi untuk mereka yang cacat penglihatan.
  5. Mengawasi dan/atau menilai segala perkhidmatan yang disediakan untuk mereka yang cacat penglihatan oleh badan badan kerajaan dan bukan kerajaan, serta mengenengahkan segala pandangan dan saranan yang telah diperhalusi oleh Pertubuhan ini mengenai perkara perkara yang melibatkan mereka yang cacat penglihatan kepada badan badan yang berkaitan.
  6. Bekerjasama dengan organisasi-organisasi lain ke arah mencapai segala matlamat Pertubuhan ini.
  7. Berusaha ke arah mengatasi segala halangan sosial dan seterusnya mempertingkatkan integrasi antara mereka yang tidak berpenglihatan dengan mereka yang berpenglihatan.
  8. Mempertingkatkan kepentingan umum bagi mereka yang cacat penglihatan.

Kembali ke atas 


Keahlian:

1. Kategori kategori keahlian adalah seperti berikut:

1.1. Keahlian biasa Pertubuhan ini hendaklah terbuka kepada semua orang cacat penglihatan warganegara Malaysia yang telah mencapai usia lapan belas tahun.

1.2. Keahlian bersekutu Pertubuhan ini hendaklah terbuka kepada mereka yang berpenglihatan dan menetap di Malaysia yang telah mencapai usia lapan belas tahun.

1.3. Keahlian sokongan hendaklah terbuka kepada setiap individu yang sekurang kurangnya berusia lapan belas tahun tetapi tidak menetap di Malaysia yang mana mereka bersetuju untuk menyumbang demi untuk kemajuan Pertubuhan ini.

2. Setiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat melalui borang yang ditentukan dan permohonan tersebut hendaklahèdicadang dan disokong oleh dua orang ahli, sekurang kurangnya salah seorang dari pencadang/penyokong tersebut hendaklah terdiri dari ahli biasa. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan beserta dengan semua bayaran wajib kepada Setiausaha Agung yang kemudiannya akan menyerahkan borang berkenaan kepada Majlis Presiden untuk kelulusan. Semua bayaran yang telah dibuat hanya sah untuk tahun yang berkenaan sahaja.

3. Setiap pemohon yang mana permohonan keahliannya telah diluluskan akan diterima sebagai ahli Pertubuhan ini dan dengan itu berhaklah dia menikmati segala keistimewaan selaku ahli setakat mana yang telah diperuntukkan.

4. Majlis Presiden di atas budi bicaranya berkuasa menolak mana mana permohonan untuk menjadi ahli tanpa menyatakan sebarang sebab di atas penolakan tersebut.

Kembali ke atas 


Yuran Kemasukan dan Yuran Keahlian:

1. Yuran kemasukan bagi seorang ahli biasa adalah dua ringgit. Tiada sebarang yuran kemasukan dikenakan kepada ahli bersekutu.

2.1. Yuran keahlian untuk seorang ahli biasa ialah sebanyak enam ringgit untuk satu tahun kalendar.

2.2. Yuran keahlian untuk seorang ahli bersekutu adalah sebanyak lima ringgit untuk satu tahun kalendar.

2.3. Yuran untuk seorang ahli sokongan adalah sebanyak lima ringgit untuk satu tahun kalendar.

Semua yuran keahlian boleh dijelaskan mulai 1hb. Januari pada tahun kedua mengikut kalendar.

2.4. Majlis Presiden mempunyai kuasa untuk mengecualikan mana mana ahli biasa daripada membayar yuran keahliannya atas asas kesusahan kewangan ahli berkenaan dan ia hendaklah diperakukan oleh Setiausaha Agung atau Jawatankuasa Cawangan. Pengecualian yuran keahlian berkenaan tertakluk kepada kajian semula oleh Majlis Presiden.

3. Tarikh akhir bagi membuat pembayaran yuran keahlian adalah pada 31hb. Mac setiap tahun.

4. Mana mana ahli yang tidak menjelaskan yuran keahliannya pada tarikh seperti yang dinyatakan pada (6.3) akan dianggap sebagai mempunyai yuran tertunggak dan akan gugur semua keistimewaannya selaku ahli sehingga ahli berkenaan menjelaskan tunggakannya. Satu notis peringatan secara bertulis mengenai perkara tersebut akan segera dihantar kepada ahli berkenaan.

5. Mana mana ahli yang tunggakannya masih berbaki pada 31hb. Mei pada setiap tahun akan dianggap sudah berhenti dari menjadi ahli kepada Pertubuhan ini.

6. Mana mana ahli biasa yang telah meninggalkan Pertubuhan ini di bawah Peraturan 6.5 dan di bawah Peraturan 7.1 hanya akan dipertimbangkan bagi kemasukan semula selaku ahli Pertubuhan ini setelah beliau memenuhi syarat syarat berikut:

6.1. Beliau hendaklah sewaktu membuat permohonan, menjelaskan yuran kemasukan semula sebanyak sepuluh ringgit bersama sama dengan yuran keahliannya untuk tahun berkenaan; dan

6.2. Permohonan berkenaan hendaklah disertakan dengan satu perakuan dari Jawatankuasa Cawangan dari mana permohonan beliau diajukan, atau dari Setiausaha Agung.

7. Mana mana ahli yang telah dipecat dari Pertubuhan ini, hanya akan dipertimbangkan bagi kemasukan semula setelah tempoh satu tahun dari tarikh pemecatannya. Sebagai tambahan dari syarat syarat seperti yang termaktub di bawah Peraturan 6.6, permohonan beliau juga hendaklah disertakan dengan sepucuk surat yang bertandatangan beliau berikrar untuk berkelakuan baik.

Kembali ke atas 


Keistimewaan Keahlian:

Ahli SBM boleh mengambil bahagian dalam aktiviti dan program anjuran SBM dengan kadar bayaran sabsidi. Aktiviti dan program tersebut ialah:

  • Kelas pendidikan membaca dan menulis Braille;
  • Kelas pelbagai bahasa;
  • Kursus pengenalan komputer;
  • Kursus penulisan kreatif;
  • Kelas membuat kraf tangan;
  • Kelas memasak;
  • Kursus mengurut dan refleksologi;
  • Forum, bengkel dan seminar dalam pelbagai aspek kehidupan;
  • Pertandingan sukan;
  • Klinik bimbingan catur, ping pong dan ten pin boling;
  • Aktiviti sosial dan rekreasi;
  • Pertandingan bakat dan nyanyian; dan
  • Pembelian peralatan tertentu yang dijual menerusi SBM.

Ahli juga diberi peluang mewakili SBM untuk menghadiri program anjuran badan-badan lain.

Selain daripada itu SBM menyediakan bantuan kewangan kepada ahli biasa:

  • Skim bantuan pendidikan untuk persekolahan anak-anak ahli;
  • Skim bantuan pendidikan untuk penuntut-penuntut cacat penglihatan;
  • Pinjaman tanpa faedah untuk membeli peralatan yang diperlukan oleh ahli dalam pekerjaan mereka;dan
  • Skim Bantuan kebajikan untuk ahli-ahli yang memerlukan.

Kembali ke atas 


Pejabat Cawangan Dan Kawasan SBM:

Sejak ditubuhkan pada tahun 1964, SBM telah meluaskan perkhidmatannya ke seluruh negara termasuk Sabah and Sarawak. Dengan keahlian yang berdaftar mencecah 4,000 orang, ia telah menubuhkan 11 buah pejabat cawangan dan kawasan. Di bawah adalah senarai pejabat cawangan dan kawasan SBM:-

SBM Cawangan Kelantan
Alamat: JALAN BEKELAM, 16070 JELAWAT, KELANTAN.
Telefon / Faks: 09-7780741.
Email: sbmkltan@tm.net.my

SBM Cawangan Kuala Lumpur/Selangor
Alamat: 123A JALAN SULTAN ABDUL SAMAD, 50470 KUALA LUMPUR.
Telefon / Faks: 03-22742794.

SBM Cawangan Pahang
Alamat: G46G Jalan Mentakap, Kampung Batu 1, 28000 Temerloh, Pahang.
Telefon / Faks: 09-2964197.
Email: sbmphg@tm.net.my

SBM Cawangan Perak
Alamat: No. 22B & C, Jalan Medan Kidd, 30200 Ipoh, Perak
Telefon / Faks: 05-2533029.
Email: sbmcawpk@tm.net.my

SBM Cawangan Pulau Pinang
Alamat: 29 LORONG INANG DUA, TAMAN BUNGA RAYA, Jalan Baru, 14000 BUKIT MERTAJAM.
Telefon / faks: 04-3971649.
Email: sbmpg@streamyx.com

SBM Cawangan Terengganu
Alamat: WISMA PROMACATERA, LOT PT 5970, KG TELUK KETAPANG, SEBERANG TAKIR, 21300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.
Telefon / Faks: 09-6661320.
Email: hbmtrgnu@streamyx.com

SBM Cawangan Sarawak
Alamat: LOT 7887 SUBLOT 61, TINGKAT 2 ?BLOK A QUEEN COURT, JALAN WAN ALWI, 93350 KUCHING, SARAWAK.
Telefon / Faks: 082-571486.
Email: pocpm@tm.net.my

SBM Kawasan Johor
Alamat: 24A JALAN MERANTI 2, TAMAN SRI PULAI, 81110 KANGKAR PULAI, JOHOR.
Telefon / Faks: 07-5211635.

SBM Kawasan Kedah
Alamat: No. 221A Kompleks Shahab Perdana, Jalan Shahab 4, Off Jalan Sultanah Sambungan, 05150 Alor Star, Kedah.
Telefon / Faks: 04-7302568.

SBM Kawasan Melaka
Alamat: No. 35-D-1 Jalan Kenanga 3/25, Taman Kenanga Sek 3, 75200 Kampung Lapan, Bachang, Melaka.
Telefon / Faks: 06-2828710.

SBM Kawasan Negeri Sembilan
Alamat: 56-1/F JALAN TOMAN 4, KEMAYAN SQUARE, 70200 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
Telefon / Faks: 06-7628548.

Kembali ke atas