Jawatankuasa-jawatankuasa Utama SBM:
1. Jawatankuasa Informasi dan Kesedaran Awam:
- Perkhidmatan audio;
- Penerbitan majalah rasmi SBM;
- Promosi braille sebagai alat komunikasi dan mengakses informasi;
- Program memupuk kesedaran di kalangan agensi kerajaan, institusi awam, badan korporat dan orang ramai terhadap SBM dan kepentingan golongan cacat penglihatan amnya.
2. Jawatankuasa Pekerjaan dan Pembangunan Komputer:
- program promosi peluang pekerjaan;
- Peralatan pekerjaan;
- Membantu menyelesaikan masalah ahli-ahli berkaitan pekerjaan mereka;
- Kursus/latihan tambahan bagi maksud mempertingkatkan produktiviti ahli dalam pekerjaan;
- Segala bentuk latihan komputer SBM.
3. Jawatankuasa Pembangunan Usahawan:
- Khidmat sokongan kepada ahli-ahli yang menjalankan usahaniaga;
- Meneroka kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan lain-lain badan penaja modal perniagaan.
4. Jawatankuasa Pendidikan dan Latihan Kepimpinan:
- Berbagai skim bantuan pendidikan yang sedia ada;
- Insentif anugerah kepada pelajar-pelajar buta cemerlang;
- Kelas-kelas dewasa untuk pembelajaran Braille dan bahasa;
- Memantau sistem pendidikan khas;
- Program ke arah melahirkan pemimpin-pemimpin SBM yang berwibawa.
5. Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Sosial:
- Program memupuk kesejahteraan dan mempertingkatkan keperibadian ahli-ahli wanita SBM;
- program khas untuk wargatua SBM;
- mengendalikan berbagai skim kebajikan yang diluluskan oleh Majlis Presiden.
6. Jawatankuasa Belia dan Sukan:
- Rancangan komprehensif memajukan tiga sukan berpotensi;
- Mendorong ahli-ahli bergiat dalam berbagai acara sukan dan rekreasi di peringkat cawangan sebagai cara hidup yang sihat;
- Memajukan bakat seni suara dan muzik;
- Kegiatan-kegiatan sosial;
- Program / aktiviti untuk mendorong golongan belia menghasilkan yang terbaik.
|