WAWASAN ORANG CACAT PENGLIHATAN

(Majalah Rasmi SBM)
Diterbitkan tiga kali setahun
September - Disember 2007
NO. Permit KDN 10066/9/2008
Presiden: Mah Hassan bin Hj. Omar
Penyunting: Mohd Fekkeri bin Mat Jusoh

Logo SBM

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
(Society of the Blind in Malaysia)
40A, Jalan Padang Belia, 50470 KUALA LUMPUR
Telefon: 03 - 22746162
Fax: 03 - 22743818
E-Mail: admin@sbm.org.my

LEMBAGA PENYUNTING

Pengerusi - Encik Mohamed (Zaki) bin Ismail PJK Pengerusi JPLK

SOKONGLAH PERJUANGAN KAMI

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) adalah sebuah organisasi sukarela kebangsaan yang ditubuhkan dan diterajui sendiri oleh warga cacat penglihatan yang mencakupi semua bangsa dan pelbagai lapisan masyarakat.

Objektif pertubuhan adalah untuk meningkatkan taraf kedudukan sosioekonomi orang cacat penglihatan di negara ini serta membimbing mereka supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna dan produktif.

Untuk mencapai matlamat tersebut, kami memerlukan bantuan kewangan yang banyak bagi menampung segala kos yang berhubung dengan pentadbiran, pemberian bantuan, penganjuran pelbagai kegiatan dan aktiviti yang dijalankan di peringkat kebangsaan dan menerusi cawangan-cawangan persatuan ini yang terdapat hampir di setiap negeri di Malaysia.

Semua sumbangan kewangan dalam bentuk cek hendaklah di tulis atas nama Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia dan dihantar ke alamat yang berikut:-
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
(Society of the Blind in Malaysia)
40A, Jalan Padang Belia, 50470 KUALA LUMPUR
Telefon: 03 - 22746162
Fax: 03 - 22743818
E-Mail: admin@sbm.org.my

DARI MEJA PENYUNTING

Salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca Majalah Wawasan Orang Cacat Penglihatan kerana terus mendapat tempat di hati para pembaca. Walau bagaimanapun, kami memohon maaf di atas kelewatan keluaran isu kali ini disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Antara lain, perkara menarik yang dipaparkan dalam isu keluaran kali ini ialah bagaimana untuk melindungi komputer peribadi daripada serangan virus dengan mendapatkan perlindungan anti virus secara percuma. Selain daripada itu, yang tidak kurang menariknya, di ruangan Fokus, turut dibincangkan ialah berhubung dengan sejauh mana keikhlasan cinta orang celik terhadap mereka yang cacat penglihatan dan banyak lagi isu-isu menarik yang amat rugi jika tidak dibaca.

Sedapat mungkin, kami sentiasa inginkan yang terbaik untuk dipersembahkan. Namun ruang lingkup pengetahuan kami berhubung dengan sebarang kegiatan yang melibatkan golongan OKU Penglihatan adalah sangat terhad. Justeru sila maklumkan kepada kami sebarang berita dan peristiwa yang berlaku di sekeliling anda yang boleh dikongsi bersama.

Sehubungan dengan itu, jika anda mempunyai sebarang maklumat, cadangan dan artikel untuk dikongsi bersama, sila e-mailkan artikel tersebut kepada admin@sbm.org.my. Yang pasti, setiap bahan yang terpilih untuk diterbitkan akan menerima bayaran sewajarnya.

Terima kasih atas sokongan yang berterusan.

"BERSATU MEMBAWA KEJAYAAN"

AKTIVITI SBM

Aktiviti SBM Cawangan KL/Selangor

Oleh: Mohd Ghazali bin Tocheh, Pengerusi

Lawatan Bermalam Ke Pulau Tioman

Satu lawatan ke Pulau Tioman, telah dilangsungkan pada 10 – 12 Ogos, 2007. Seramai 36 ahli dan 2 bukan ahli bersama keluarga masing-masing mengikuti lawatan ini. Delegasi meninggalkan Brickfields pada pukul 10.00 malam, 10 Ogos, 2007 dan tiba ke Jeti Tanjong Gemok, Mersing, Johor pada keesokan paginya 11 Ogos 2007. Peserta-peserta lawatan menaiki feri menuju Jeti Tekik, Pulau Tioman pada pukul 9.00 pagi Sabtu, 11 Ogos 2007 dan tiba ke destinasi selepas lebih dua jam berada di dalam feri. Seterusnya peserta rombongan dibawa menginap di Coral Reef Holiday, Kampung Tekik, Pulau Tioman.

Pada sebelah petangnya, rombongan telah dibawa melawat ke Taman Laut. Setelah berada lebih daripada tiga jam menikmati suasana keindahan taman laut barulah rombongan dibawa balik ke tempat penginapan. Pada keesokannya, tiada program khusus yang telah diatur sebaliknya peserta rombongan diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti sendiri.

Rombongan meninggalkan lokasi penginapan pada pukul 1.00 petang, 12 Ogos 2007 untuk memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Dari Jeti Tanjong Gemok, menaiki bas sewa khas pulang ke Kuala Lumpur dan tiba di Brickfields pada kira-kira pukul 1.15 pagi, hari Isnin 13 Ogos 2007.

Jamuan Khas Untuk Warga Veteran

Satu jamuan khas untuk warga veteran telah diadakan pada hari Sabtu 3 November 2007, bertempat di Kafeteria MAB. Majlis tersebut telah dimulakan pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Bagi menjayakan majlis ini, sebanyak RM 1,462.00 telah dibelanjakan.

Pada majlis tersebut seramai 30 orang warga veteran telah dapat diraikan. Tiada sebarang caj atau yuran yang dikenakan kepada warga veteran yang menghadiri majlis ini. Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah dua orang wakil daripada Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Sosial, yang terdiri daripada Puan Noorhazira Mohd Noor dan Puan Aini Norazlin Yeow yang juga telah menyampaikan ucapan. Setelah dijamu dengan pelbagai jenis kuih-muih, makanan dan minuman, semua warga veteran yang hadir telah diberikan cenderahati berupa barangan dan imbuhan tunai.

Majlis Bermesra Bersama Ahli

Pada 17 November 2007 (Sabtu), satu Majlis Bermesra Bersama Ahli telah diadakan, bertempat di Kafeteria Kompleks MAB. Seramai 55 orang ahli SBM KL/Selangor dan keluarga masing-masing telah menghadiri majlis ini.

Majlis dimulakan pada jam 2.00 petang dan berakhir dua jam kemudian. Majlis dimulakan dengan sesi suaikenal dan sedikit penerangan ringkas serta sesi cadangan dan soal jawab. Turut diadakan upacara penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan sukan 2007. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah. Semua yang hadir telah disediakan dengan makan dan minum. Kegiatan ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 1,200.00.

Puan Jamilah @ Maziah Abu Bakar, Naib Presiden SBM dan En. Rosham Sidek, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan SBM turut hadir pada majlis ini.

Jamuan Tahunan dan Pertandingan Karaoke

Seperti mana pada tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini, sekali lagi SBM Cawangan KL/Selangor telah mengadakan Jamuan Makan Malam Tahunannya bagi tahun 2007 pada 29 Disember 2007. Jamuan makan malam tersebut telah diadakan di Kafeteria MAB, Brickfields Kuala Lumpur.

Seramai 100 orang ahli telah menyertai majlis tersebut dan setiap seorang telah dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 5.00. Bersekali dengan majlis tersebut, turut dilangsungkan pertandingan karaoke. Sebanyak RM 3.00 telah dikenakan kepada setiap peserta pertandingan sebagai yuran penyertaan. Majlis telah dimulakan pada jam 9.00 malam dan hanya berakhir pada jam 11.30 malam. Pertandingan ini telah dihoskan oleh En. Abian Jambot, yang juga merupakan AJK Biro Sukan dan Rekreasi cawangan ini. Sementara para pengadilnya pula terdiri daripada Encik Abu Bakar Asmuni dan Encik Yusuf Mongijal, juga merupakan ahli SBM cawangan ini.

Dalam pertandingan tersebut, tempat pertama telah dimenangi oleh Encik Yuseran Ahmad, tempat kedua oleh Encik Shahrin Buang sementara tempat ketiga pula disandang oleh Encik Shamsuri Hitam.

Majlis dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Encik Rosham Sidek, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, SBM dan Encik Mohd Ghazali Tocheh, Pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor.

Aktiviti SBM Cawangan Sarawak

Oleh: Maoh AK Janting, Pengerusi

Kursus Urut Tradisional

Jawatankuasa Pembangunan Usahawan SBM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Kursus Urut Tradisional di Miri Sarawak. Kursus tersebut bermula pada bulan Julai hingga Disember 2007. Kursus tersebut dijalankan selama 120 jam, walau bagaimanapun ianya hanya dijalankan selama 2 jam pada setiap minggu, 8 orang peserta turut mengambil bahagian dalam kursus tersebut. JPU telah melantik Donny Jeranding sebagai tenaga pengajar. Berikut ialah senarai nama peserta :-

  1. Leeyandy Jisin
  2. Asui Muling
  3. Jackson Mangai
  4. Ensering Abu
  5. Untam Buah
  6. Emor Uding
  7. Baki Melayu
  8. Tiong Yong Wei

Peperiksaan telah diadakan pada 17 Disember 2007 bertempat di Pusat Urut Tradisional, Lorong 10 Krukop, Miri. En Khadir Osman telah dipilih sebagai pemeriksa. Seramai 6 orang telah lulus, manakala 2 orang lagi telah gagal dalam kursus tersebut. Secara keseluruhannya, sebanyak RM 4,232.50 telah dibelanjakan bagi menjayakan kursus ini.

JPU bercadang untuk mengadakan kursus yang serupa pada masa-masa yang akan datang dan berharap ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli SBM Cawangan Sarawak. JPU juga berharap dengan adanya kursus seperti ini dapat meningkatkan sosioekonomi ahli–ahli SBM Cawangan Sarawak.

Ahli Majlis Presiden SBM dan Jawatan Bagi Penggal Jun 2006 - Jun 2008

ENCIK MAH HASSAN BIN HJ. OMAR
Presiden
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat & Pengurusan Pelaburan

PUAN MAZIAH BTE ABU BAKAR
Naib Presiden
Pengerusi Jawatankuasa ExCo,
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Sosial

TUAN HAJI MOHAMMED NAZARI BIN HJ OTHMAN
Setiausaha Agung
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan,
Pengerusi Task Force Pembangunan Tanah Anugerah Kerajaan

PUAN JASMINE KHOO
Bendahari Kehormat SBM

ENCIK ABDUL KHADIR BIN HJ. OSMAN
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Usahawan (JPU)

ENCIK ROSHAM BIN SIDEK
Pengerusi
Jawatankuasa Belia dan Sukan (JBS)

ENCIK WONG HUEY SIEW
Pengerusi
Jawatankuasa Pekerjaan dan Pembangunan Komputer (JPPK)

ENCIK TASLIM BIN KOSNI
Pengerusi
Jawatankuasa Informasi dan Kesedaran Awam (JIKA)

ENCIK MOHAMED (ZAKI) BIN ISMAIL PJK
Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan dan Latihan Kepimpinan (JPLK)
Pengerusi Lembaga Penyunting Majalah Wawasan Orang Cacat Penglihatan

ENCIK MOHD GHAZALI BIN TOCHEH
Pengerusi
SBM Cawangan KL / Selangor

ENCIK MAOH ANAK JANTING
Pengerusi
SBM Cawangan Sarawak

ENCIK MOHAMED BIN ISMAIL PJK
Pengerusi
SBM Cawangan Terengganu

ENCIK TAN AH BAH
Pengerusi
SBM Cawangan Pulau Pinang

TUAN HAJI MOHD SAIDI BIN HARUN
Pengerusi
SBM Cawangan Perak

ENCIK MAT DARUS BIN SULAIMAN
Pengerusi
SBM Cawangan Kelantan

ENCIK HARUN BIN AWANG NGAH
Pengerusi
SBM Cawangan Pahang

ENCIK KHUSAINI BIN SAIMON
Pengerusi
SBM Kawasan Johor

ENCIK AIZROL ALFAZ BIN ABDULLAH
Pengerusi
SBM Kawasan Negeri Sembilan

ENCIK RAZALI BIN SUDIN
Pengerusi
SBM Kawasan Melaka

ENCIK MUSA BIN ABD RAHMAN
Pengerusi
SBM Kawasan Kedah

Pejabat Cawangan / Kawasan SBM

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
CAWANGAN PULAU PINANG
29 Lorong Inang Dua
Taman Bunga Raya, Jalan Baru
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
Tel./Fax: 04 - 3971649
E-mail: sbmpg@streamyx.com

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
CAWANGAN KL/SELANGOR
123A Jalan Sultan Abdul Samad
50470 Kuala Lumpur.
Tel./Fax: 03 - 22742794

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
CAWANGAN PAHANG
G46G Jalan Mentakab, Kg. Batu 1
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmor
Tel./Fax: 09 - 2964197
E-mail: sbmphg@tm.net.my

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
CAWANGAN SARAWAK
Lot 7887 Sublot 61
Tingkat 2. Blok A Queen Court
Jalan Wan Alwi
93350 Kuching,
Sarawak.
Tel./Fax: 082 - 571486
E-mail: pocpm@tm.net.my

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
CAWANGAN TERENGGANU
Wisma Promacatera
Lot PT 5970, Kg. Teluk Ketapang
Seberang Takir
21300 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel./Fax: 09 - 6661320
E-mail: hbmtrgnu@streamyx.com

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
CAWANGAN KELANTAN
Jalan Bekelam
16070 Jelawat
Kelantan Darul Naim
Tel./Fax: 09 - 7780741
E-mail: sbmkltan@tm.net.my

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
CAWANGAN PERAK
No. 22B & C, Jalan Medan Kidd
30200 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tel./Fax: 05 - 2533029
E-mail: sbmcawpk@tm.net.my

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
KAWASAN JOHOR
24A Jalan Meranti 2
Taman Sri Pulai
81110 Kangkar Pulai,
Johor Darul Takzim
Tel./Fax: 07 - 5211635

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
KAWASAN NEGERI SEMBILAN
56-1/F Jalan Toman 4
Kemayan Square
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel./Fax: 06 - 7628548

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
KAWASAN KEDAH
No. 221A Kompleks Shahab Perdana,
Jalan Shahab 4,
Off Jalan Sultanah Sambungan
05150 Alor Star, Kedah Darul Aman
Tel./Fax: 04 - 7302568

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
KAWASAN MELAKA
No. 35-D-1 Jalan Kenanga 3/25
Taman Kenanga Sek 3
75200 Kampung Lapan, Bachang
Melaka.
Tel./Fax: 06 - 2828710


Dicetak Oleh:Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Lot 47-48 Jalan SR 1/9
Seksyen 9 Jalan Serdang Raya
Taman Serdang Raya
43300 Seri Kembangan, Selangor.